Bubur Ayam Untuk Orang Demam 🍲


Bahan-Bahan

Secawan Beras
Air Secukupnya
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah
Ayam
Lobak Merah
Daun Sup
Bawang Goreng
Ikan Bilis Goreng
Garam


Cara-caranya:

1. Masukkan beras bersama air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan halia bersama bawang yang telah ditumbuk lumat ke dalam beras yg dimasak.
3. Bahan-bahan lain seperti ayam dan lobak perlu dipotong kecil dan daun sup dipotong halus.
4. Kemudian, masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan digaul sehingga menjadi bubur. Kalau nak letak sosej yang telah direbus pun, boleh.
5. Garam secukup rasa.
6. Jangan lupa ikan bilis goreng dan bawang goreng semasa hidangan siap.

Cerita Dapur @kualikiter

Comments

  1. Quando você achar que perdeu o chão, que não há mais saída pra você, saiba que a sua força deve estar no Senhor. Ele te sustentará, Ele te levará a pastos verdejantes 💖


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts